Selain keenakan jusnya, keistimewaan jambu batu ni lebih daripada apa yang saya jangkakan. Seperti artikel terdahulu, daunnya boleh menghilang jerawat. Anda boleh rujuk semula di SINI jika mahu. Kini, saya akan senaraikan beberapa lagi khasiat jambu batu buat anda.
Gambar hiasan - Pokok Jambu Batu
Gambar hiasan - Pokok Jambu Batu (www.bijlmakers.com)
Cuma khasiat yang dikongsikan kali ni tak tertumpu pada daunnya saja. Malah, ia turut melibatkan buahnya sekali. Antara penyakit atau masalah yang boleh dirawatinya ialah kudis, ruam, seriawan mulut, kencing manis serta mengurangkan kolesterol.
1. Kudis dan Ruam
- Anda ambil segenggam pucuk muda dan daun jambu batu yang dah matang.
- Rebuskan kesemua daun tu sehingga mendidih.
- Setelah mendidih, biarkan air rebusan tadi suam.
- Anda mandilah dengan menggunakan air rebusan tu sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Amalkannya setiap hari selama seminggu dan jika tiada aral melintang kudis atau ruam anda akan pulih.
2. Seriawan Mulut
- Ambil kira-kira segenggam pucuk daun jambu batu yang masih muda.
- Rebuslah pucuk muda tadi sampai mendidih.
- Kemudian, biarkan air rebusan tadi suam atau sejuk sedikit.
- Seterusnya, anda gunakanlah air rebusan tu untuk berkumur-kumur.
Berkumur-kumurlah sebanyak 2 atau 3 kali sehari sehingga masalah seriawan mulut anda sembuh.
3. Kencing Manis dan Mengurangkan Kolesterol
- Ambil sebiji atau dua biji buah jambu batu yang masih muda atau mengkal (belum betul-betul masak).
- Basuh buah jambu batu tersebut sampai bersih.
- Tumbuk sedikit buah jambu tadi. Biarkan ia agak kasar.
- Kemudian, rebuslah buah jambu yang telah ditumbuk kasar tadi hingga mendidih.
- Setelah mendidih, biarkannya suam.
- Minumlah air tersebut 2 kali sehari. Iaitu sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam sebelum anda tidur.
Amalkanlah petua ini setiap hari dan kemudian buatlah pemeriksaan doktor untuk mengetahui perkembangan terkini keadaan kencing manis atau tahap kolesterol anda.
Begitulah 3 kaedah yang boleh anda cuba bagi mengatasi 5 jenis penyakit berbeza. Mudah-mudahan ia menjadi satu lagi pilihan rawatan alternatif sekiranya anda mengalami mana-mana penyakit yang dinyatakan di atas.
Selamat Mencuba!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar